Tuesday, March 22, 2016

Anak angkat

Assalammualaikum dan apa khabar? Hai saya Anis Suhailah akan menemani anda pada pukul 3.15petang hari ini dalam segmen Punya Siuk.

Haaa testing je tu. Esok dah on air. Nervous pula hakak. Entah apa aku sebut kang. Dahlah kena cakap Sabahan yang pekat. Kau tahu tak aku dah dekat 7 tahun duduk KL ni? Pekat Dusun pula tu. Jangan sampai aku kurapak Brunei. Jangaaan.

Ok moving on. Tu opening je saja promote diri esok kat radio FM 107.9 Kota Kinabalu dan FM 93.9 di Lembah Klang. Eh tak habis lagi promote diri.

Dengan penuh tawadhuk, dengan niat bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk, 3-4 hari lepas aku melangkah ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Isyak. Drive lah. Saja guna melangkah, nampak rendah diri sedikit. Tu pun laki aku yang drive.

Tatkala aku melangkah masuk dengan kaki kanan ke dalam perkarangan masjid tersebut, belum sempat aku menghabiskan niat i'tikaf dalam hati kecilku, tiba-tiba aku terlihat lembaga berbulu. Hitam putih. Cukup menggiurkan. Lentoknya menarik hati sesiapa saja melihatnya. Baring di satu sudut sambil menjilat badannya.

Seperti suamiku, aku juga terpedaya dengan kecomelan maksima beliau lalu mendekatinya dan membelai badannya. Oh kucing rupanya. Macam tak kena pula simbiosis yang digunakan.

Aku tengok laki aku dah excited lebih. Aku tersengih. Bagus kucing ni tinggal dalam masjid, bisik hati kecilku.

Anyway, nak dipendekkan cerita, lepas solat, biasanya aku akan tunggu laki aku kat kereta sebab dia selalu habis lambat. Tekak akupun dah mula rasa lain macam masa tu. Geram je tengok longkang kat depan kereta. Ikutkan hati mahu saja aku lempiaskan nafsu serakah aku kat dalam tu juga. Maksud aku muntah ler korang pikir apa ni.

Tengah aku memikirkan cara kreatif macam mana nak muntah, tiba-tiba aku rasa ada bayang-bayang menghampiri tubuhku. Aku toleh belakang.

Aku dah agak dah.

Laki aku tengah tersengih-sengih dukung lembaga hitam putih tadi. Dia siap tanya orang masjid kalau kucing tersebut ada orang yang punya, tapi orang masjid kata tak ada. Kesian. Mula-mula macam ragu-ragu juga nak bawa balik sebab aku pikir kucing jantan aku kat rumah tu. Gatsby. Yang ni betina. Konfem gaduh. Sebelum cinta berputik lah. Tough love gitu.

Last-last aku redhakan je. Aku panggil dia Daisy. Siap google siapa girlfriend Gatsby dalam movie tu. Dari sana lah dapat.



Perkenalkan.

Gatsby memang macam tu. Acah-acah comel.

K tu je bye

No comments:

Post a Comment