Monday, March 21, 2016

Oh jagung!

Assalammualaikum pembaca-pembaca sekalian. Atau mungkin terpaksa baca dek kerana kebosanan. Atau mungkin membaca blog ini sekadar untuk tahu perkembangan perut aku. Atau mungkin tidak sengaja ter'click' link blog ini.

Apa-apapun aku dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga dan maaf jika ada apa-apa kekurangan.

Eh macam dah raya je.

Aku ambil MC hari ini. Ni pun masih terasa pening tak hilang lagi dan tekak loya macam ada bapak gajah bergayut kat anak tekak serta perut yang cramp ke God-knows-how-many-times-already (beritahu masih sakit secara spesifik di dalam blog adalah perlu agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka atau buruk sangka rakan sepejabat yang busy body terhadap tujuan aku MC hari ini).

Baiklah. Hari ni aku mengidam salad (note that HARI INI). Maknanya, setiap hari, aku akan mengidam jenis makanan yang berbeza. Contoh esok, aku berkemungkinan akan mengidam roasted corn lobster fondeaux. Wah. Fondeaux menatang apapun aku tak tahu.

Sebab aku mengidam sangat. Habis semua buku masakan dan whatsapp contact aku tanya dekat mana boleh peroleh delivery service untuk penghantaran makanan yang sangat sihat tersebut. Selepas penat berusaha mencari atau mungkin usaha yang ditokok tambah itu, akhirnya aku jumpa instagram yang jual makanan sihat lagi berzat.

Selepas berjaya memperoleh nombor telefon, aku Whatsapp.

Salam. Hi. You all still ambik order?

Agak lama juga aku tunggu reply. Tapi mostly orang berniaga memang macam tu, Whatsapp nampak online senantiasa, tapi reply lambat. Mungkin customer ramai sangat.

Hi. Yes, masih. Order minimum 5 meals, charge penghantaran RM5 ikut location.

Ohhh setttt. minimum 5 meals tu buat aku tergamam. Siapa lagi nak makan makanan macam ni selain aku?? Oh dem.

Terbantut hasrat aku.

Termenung sejenak ke luar tingkap memikirkan cara yang lain yang lebih bernas untuk mencapai hasrat kebuyungan aku.

Akhirnya aku memberi kata putus. Aku akan beli sendiri bahan-bahan salad dan buat sendiri!

Dengan penuh keazamaan, aku mandi. Ye tak mandi lagi. Dah mandi, aku sarung jubah dan tudung Neelofa yang baru dibeli dengan harga RM30 walaupun tudung Neelofa ciplak kat Jalan tar yang dijual hanya dengan harga RM10 masih membayangiku.

Balik tu, dengan rakusnya aku mengoyak semua plastik.

Salad yang diidamkan harus memiliki ciri-ciri yang aku suka. Iaitu;

BERJAGUNG.

Ya. Siapalah aku tanpa jagung.

Lalu akupun beli lah setin jagung kernel yang brand apapun aku tak tahu.

Dan satu bekas penuh salad. Dan French dressing. Wah. Saja nak ala-ala orang putih.

Oh dan anggur jugak. Mana tahu tak jadi. Boleh aku ratah je anggur tu.

Dan ini hasil selepas digauli dengan penuh kerancakan dan kemanjaan seperti Ahmad Maslan menggauli nasi gorengnya yang dihiasi timun di sekitar kuali beliau. Kreatif bukan?

Wala!



Orang kata jangan menilai dari rupa. Nilailah dalamannya.

Aku menyesal beli French dressing tu. Masin tapi harga mahal nak arwah. Jimbit. Baik aku beli sos thousand island je tadi.

Apa-apapun aku ended up makan jagung je.

Tapi aku sangat berbangga dengan pencapaian aku hari ini. Selalu nak angkat garpu sudupun aku tak larat. Hari ini ada tenaga sedikit. Mungkin sebab pening kepala dah beransur pulih.

Sekian.


No comments:

Post a Comment