Teruja sebab dah.. what, 4 years? 4 years tinggalkan blogging.
Wow!
Sekali lagi, Wowwww!
Ok dah.
Sebenarnya blogging je cuma guna blog private. No readers, aku sorang je bleh baca. Nguaha. Banyak benda tersembunyi dalam blog tersebut. TERSEBUT. Ok. Taknak formal sangat lah. Blog je kut.
Tak, aku pikir macam bukannya selalu aku mengandung. Baik aku catat perjalanan aku semasa berbadan dua ni walaupun anak aku masih sekecil buah plum.
Ye ye je muka baby aku mat salleh. Tu lah buah plum. Kecik lagiii. Sabaq sat dia berkembang.
Ok buat masa ni dah 13 weeks merangkap 3 bulan. 3 bulan lah kan? Alahan jangan cakap lah. Gila kau sampai tunggu sebelah jamban nak muntah. Tunggu depan tong sampah, sinki, plastik. Semua benda yang berlobang aku dah tunggu kat sebelah. Asal boleh buang kat dalam tu. Huhuhuh baru aku tau mengandung ni banyak dugaan. Patut le pahala pun banyak.
So far laki aku banyak galakkan makan kurma dan kismis (walaupun aku tak suka sebab kurma tu manis sangat dan melekit dan biji dia mcm ekor cicak yang dah kena bekukan. Astaghfirullah makanan sunah nabi tu Anis!) Aku paksakan diri aku makan juga.
Kadang-kadang kalau tengah duduk-duduk tu tetibe je emosi kau tak stabil. Tetibe nak nangis. Padahal tak ada benda pun. Kadang-kadang benda sedih muncul dalam kepala otak kau pastu kau nangis macam bodoh. Lepas dah ok, kau cari makanan. Emosi kau macam kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat tengah, kadang-kadang kat bawah.
Ada masa aku malas gila nak bercakap dengan orang. Lantak lah kau menteri apa, kalau aku malas, memang aku diam je. Kau nak paksa, lagi aku buat muka. Ada masa tu aku rasa annoyed dengan semua benda. Even air jatuh dari sinki yang sikit-sikit menitik tu pun aku rasa annoyed. Sampai benda sekecil itu pun kau boleh annoyed, apa lagi benda lain.
Weh, minyak wangi laki akupun aku takleh blah dah sekarang ni cerita dia.
Tapi ada masa aku suka semua benda. Aku rasa nak berjalan, nak makan banyak, nak gelak sakan, nak lompat-lompat. Yeeeee pelik. Aku tak tahulah. Banyak orang kata babygirl. Tapi babygirl ke boy ke aku redha. Dua-dua pun aku ok. Asal soleh dan solehah, gitewwwww.
K lah membebel banyak sangat dah ni. Dah lama tak blogging, cenggini lah ghupe. Bila ada banyak idea tu, banyak lah aku taip. Kalau langsung takde idea nak ckp apa, memang berhabuk blog ni aku tinggalkan. Nak baca, baca taknak baca sudahhhhhh.
K bye
No comments:
Post a Comment