Wednesday, August 29, 2018

Nak cakap sikit je

Hai salam. Apa khabar semua?

Sudah lama rasanya tidak berkunjung ke sini dan menaip apa sahaja yang aku nak. Well, tak juga. Kena berlapik juga. Benda sekarang kalau kita letak kat memana media sosial, boleh viral kalau tersilap langkah. So.. that's why aku ada dua blog.

Satu private. Satu public.

Tapi yang private tu dah lama bersarang aku rasa. Sebab lately ni aku banyak taip dalam email je apa yang aku rasa either negative or positive yang aku rasa tak perlu dikongsikan pada orang lain, cukuplah sekadar aku seorang je baca. So email je lah. Email pada siapa pulak kan? Email pada diri sendiri so bila-bila masa aku rasa aku nak baca, aku just buka email aku. Bahaya juga lah kot-kot lupa nak logout kan. Tapi aku jenis memang logout everytime buka email kat pc memana lagi2 kat office. So tak menjadi kebimbangan sangat.

Ok nak cerita apa ni. Anak aku dua-dua dah membesar. Sorang bakal turns 2 year old dalam masa..seminggu lagi. Sorang lagi dah 8 bulan. Memang cepat masa berlalu. Jap lagi pada akhiran pos ni aku attach gambar diorang yang latest.

Aku sebenarnya dah tak ada idea nak buat intro panjang-panjang ni so kita straight to the point je lah ok. Ok menjadi seorang ibubapa yang perfect bukan mudah. I repeat ok, BUKAN mudah. Seringkali kita mendengar di kaca televisyen, dada akhbar tentang pengasuh-pengasuh atau cikgu di sekolah cubit budak lah, belasah budak lah, dera bayi lah, dan rata-rata netizen yang mengutuk tu ibubapa bukan?

Tapi cuba bayangkan kalau kita jaga anak orang lain? Adakah kita MEMANG PASTI SEPASTINYA yang kita akan ada level atau tahap kesabaran yang tinggi? Dahlah bukan anak kita. Kita kena cuci berak dia, kena layan dia, kena suap dia, kena dukung dia, kena pujuk dia, kena belai dia. Penat tau. Ha point aku kat sini kan bukan nak defend pengasuh-pengasuh, memang aku benci sangat menatang2 ni kalau dera bayi ke budak, tapi aku nak kita sebagai ibubapa yg mencaci, mengutuk, memaki kat komen2 video viral apsal pengasuh ni muhasabah diri balik. Jangan terlalu terbawa-bawa diri memaki kat ruang komen tu. Kita sendiri tak tahu nasib kita dan anak kita. Komen sikit-sikit dahlah. Akupun tak suka juga tengok video macam tu, sedihkan bila tengok budak yang innocent yang taktahu apa-apa kena bantai mcm tu skali. Macam oi hanat, kau tak suka budak, takyah kerja pengasuh lah. Ha macam tu.

Tapi cuba for once, kita duduk dengan tenang termenung sekejap pikir kalau kita kat tempat pengasuh tu jaga anak orang? Belum tentu bagus woih.

Ha tu je lah nak cakap.

Pastu bagi orang yang forward2 video baling2 bayi tu, aku harap malam ni dia tidur dengan tenang lah.

Wslm.

No comments:

Post a Comment