Assalammualaikum dan hai. Bertemu kembali. Kali ini dengan tajuk seperti di atas. Dua tiga hari lepas aku sempat berkunjung ke sebuah shopping mall untuk beli barang rumah. Sambil-sambil fikir nak shopping ke tidak memandangkan suamipun turut sekali. Kadang-kadang shopping dengan suami ni bukan tak best, tapi aku rasa terbatas. Mujur ada suami yang pandai beri pendapat setiap kali aku nak pilih baju warna apa. Mujur ada pamoga.
Manusia bukanlah haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa namun aku rasa manusia yang suka tenung orang lain dari atas sampai ke bawah tanpa segan silu ni adalah satu spesis yang kerapkali aku bertembung kebelakangan ini. Aku masih terbelenggu dengan pandangan tersebut.
Tidak dinafikan, orang Malaysia adalah orang yang boleh dikategorikan sebagai pemerhati. Apabila orang yang merenung satu sama lain tanpa apa-apa sebab secara tidak sengaja, ianya hanya memerlukan 2-3 saat sahaja. Jika lebih, ianya sudah termasuk dalam kategori "awkward" bagi salah seorang perenung. Biasanya yang tarik pandangan dulu lah.
Ada beberapa sebab kenapa seseorang merenung anda dari atas ke bawah:
1. Beliau mengagumi cara anda berpakaian.
2. Belia mengagumi cara anda berdiri.
3. Beliau sakit tengkuk dan kebetulan pandangannya ke arah anda. Akibat sering menunduk, otot di kepala bahagian belakang mengalami hipertansi menyebabkan beliau terpaksa menggerakkannya ke atas dan ke bawah semula.
4. Beliau tertanya-tanya sama ada perut anda buncit atau anda mengandung.
Aku rasa in my case, nombor 4 boleh diimplikasikan. Yang lain semua sebab nak pikir positif je.
No comments:
Post a Comment