Tuesday, July 19, 2016

31 minggu dah?

ok dah lama tak update kan?

baru nk update since haritu borak dengan abah pasal mengandung2 ni. abah suruh buat novel untuk menceritakan pengalaman dan perjalanan sepanjang mengandung ni. konon boleh buat duit hantar pergi Alaf21. luls. dulu aku pernah lah buat novel masa tingkatan 3, hebat juga fantasi aku sebagai seorang remaja pada masa tersebut. tapi la ni dah tua macam ni, fantasi pun dah berkurang. fantasi tahi ayam ada lah.

berbalik pada novel, masa tu aku tingkatan 3, so aku buat novel pun out of boredom. and masa tu aku antara pelajar yang tertinggi markah dalam subjek bahasa melayu especially karangan (bukan nk riak) so aku try2 lah buat novel. masa tu pakai pc komputer yang tebal nak mampus lagi. nak angkat pun takleh. kena letak di satu sudut. skrin komputer pun kecik nak mampuih aku kena letak muka aku 2 inci jauh dari skrin komputer. patutlah aku rabun terok sekarang. tapi sayangnya novel aku buat tu hilang begitu sahaja. sebab komputer tu rosak tetibe. kalau sekarang, rosak, boleh backup. automatically save. boleh buka lagi kalau dah on balik. tapi kau tahulah dulu-dulu punya komputer. kalau dah nak mampos tu memang mampos jugak lah takde peluang kedua.

jadinya lepas tu aku dah malas nak taip novel lagi. sudahnya aku main game sonic & hercules je guna komputer tak guna tu.

sampai lah sekarang aku takde menaip2 cerita lagi. except blogging. haa nampak tak. tapi kalau blogging, senang sikit. takyah nak perah otak cari perkataan bombastik melayu. pakai je bahasa rojak. kalau aku rajin, aku speaking lah. kalau tak, mcm sekarang lah. huruf besar pun takde. malas nk tekan caps lock. luls.

sekarang ni aku mengandung 31 minggu dah.

memang dah takde muntah-muntah. tapi baru siang td aku muntah setelah bertahun tak muntah. sebab aku silap, makan ubat acid folic tu masa perut kosong. dengan bau dia lagi..memang muntah lah. aku makan 2-3 kali, muntah juga. last2 baru ok sikit. tekak loya sikit lah. aku skrg takde istilah breakfast, lunch and dinner. sebab semua double tripple. makan tak hingat dunia. kalau aku rasa aku lapar, aku kaut je nasi. takde lauk? heh. telur pun jadi. asal makan. pastu aku gila rambutan skrg. taktahu kenapa. myb sebab manis. aku kopek awal-awal, letak semua dalam mangkuk, haa makan sebijik2 depan tv.

skrg dok rumah umi lagi senang hati. walaupun jauh dari suami tercinta huhu, tapi aku senang hati sebab yelah hari2 tengok muka umi abah. ada orang nk bersembang hari-hari. nak gelak mcm hantu ke apa. pastu aku cuti lagi. memang dok menepek lah kat rumah. tapi dok menepek bukan maknanya aku tido makan tido makan mcm sang beruang. aku jual barang, hari-hari pergi pos laju ulang alik rumah. dahlah pos laju kat putatan ni leceh sikit. kedekut borang hakpui. tadi aku pergi pej pos tu aku dah isi borang awal-awal, dia boleh tanya aku, mana aku dapat borang tu. eh pelik. takleh simpan borang lebih ke? luls.

pastu nak pos dari kk ni leceh sbb mostly customer dari semenanjung. so aku kena bayar lebih utk postage. tapi takpelah. untung sikit pun jadik dari tak untung langsung kan. dalam hidup ni kita kena banyak bersyukur. aisehmen.

kadang2 aku tengok ada video dalam fb post anak dalam perut bergerak-gerak. nampak cap tangan kaki kepala dia kat permukaan perut tu. menakutkan juga lah. mcm...nipis sangat je kulit perut. baby aku gerak juga and ada juga aku tengok gelombang tapi takdelah sampai cap tangan n kaki ibu dan anak. eh. pastu masa mengandung 31 minggu ni sakit perut pinggang belakang, tangan kaki, jangan cakaplah. nak bangun dari katilpun susah. suami lagi takdak. nangis.

k lah tu je nk update. aku taip ni tak bersandar, sakit belakang aku. babai

No comments:

Post a Comment